NJ SPORT CENTRE adalah sebuah syarikat
bumiputera melayu sepenuhnya yang berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat
Malaysia bertarikh 08 Oktober 2012 menurut peruntukan-peruntukan Akta
Pendaftaran Perniagaan 1956. Jenis peniagaan yang dijalankan adalah pembuatan
barangan sukan, membekal, jualan runcit barangan dan peralatan sukan.
Pada awal Nj Sport Centre beroperasi di
kedai beralamat No. 10 Km62 Zetcom Business & Sport Centre, Kg. Olak Lempit
42700 Banting, Selangor dari 05 Oktober 2012 hingga 31 Januari 2015. Pada 01 Februari 2015 Nj Sport Centre telah berpindah
tempat operasi dari kawasan desa ke kawasan bandar yang beralamat di No. 7, Lot
1449 Jalan Sungai Lang, 42700 Banting Selangor demi mencari peluang yang lebih
baik.
Nj Sport Centre menjalankan operasinya
secara kecil-kecilan tanpa bantuan dari mana-mana institusi kewangan untuk
usahawan dengan bermodalkan RM 20,000. Walaupun dengan modal yang kecil dan
menghadapi persaingan yang amat kukuh dan sengit, Nj Sport Centre masih boleh
bertahan dan percaya perniagaan ini mampu melonjak ke tahap yang lebih tinggi
lagi. Sehubungan dengan itu, NJ Sport Centre sentiasa mendapat bimbingan dan bantuan
daripada syarikat-syarikat bumiputera yang lain untuk terus bertahan menghadapi
persaingan. Antara syarikat yang memberi bantuan adalah Ajak’s Sport Putrajaya
yang memberi bantuan dari segi membekal barangan sukan tanpa mengikut kuantiti
yang ditetapkan untuk mendapatkan harga kos barangan. Berbeza dengan
syarikat-syarikat pengedar utama yang di kuasai kaum lain dengan mengenakan
syarat untuk mendapatkan harga kos barangan. Lantaran itu, ia sangat
membebankan syarikat-syarikat kecil yang menjual barangan sukan dan tidak
mempunyai kewangan yang kukuh.
Nj Sport Centre merancang dan menyusun
langkah-langkah yang perlu untuk meningkatkan lagi jualan ke tahap yang lebih
tinggi serta akan terus komited dengan perniagaan barangan sukan. Untuk
memastikan perancangan itu terlaksana, langkah utama yang dilaksanakan adalah
berhijrah dari kawasan desa yang majoriti sasarannya adalah kecil ke kawasan
bandar dengan kepadatan kumpulan sasaran yang lebih meluas dan percaya dengan
konsep hijrah itu membawa kepada perubahan yang lebih baik.
Justeru itu, Nj Sport Centre berharap dalam
merealisasikan perancangan ini ada pihak-pihak yang sudi menghulurkan bantuan samada
bantuan kewangan, bimbingan dan sebagainya untuk Nj Sports Centre bergerak maju
dan ke hadapan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan